TBF Leather Card Holder | PTT Outdoor


 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Dulu masa sekolah, ika ada seorang kawan perempuan yang suka pakai card holder instead of wallet or purse. Masa tu, ika tertanya-tanya juga kenapa agaknya dia lebih suka dengan card holder. Sebab ika ada satu midset jahat iaitu card holder ni hanya untuk lelaki dan untuk orang yang tua. Jahat kan mindset ni. Hmph ampun. Tapi jawapan dari kawan ika buatkan ika fikir balik.  Dan jawapan ringkas dari dia ialah :- 

"Sebab aku simple dan gabra orangnya. Aku perlukan sesuatu yang simple macam card holder ni bila aku gabra nak mencari dompet dalam beg aku. Card holder ni kau buka dah nampak kad dengan duit." 
-Kawan- 

Harini, ika nak share satu card holder yang ika jumpa di PTT Outdoor. Kebiasaanya, card holder yang ika jumpa dan beli. Hanya ada beberapa tempat untuk letak kad yang sikit dan juga tiada apa-apa protection. Tiada zip atau buckle lock. Kalau la nak dijadikan cerita terjatuh atau apa. Memang ada kemungkinan juga la sebab dah nama nak dijadikan cerita kan. 

So, jom kita kenal lebih dengan TBF Leather Card Holder | PTT Outdoor. 


Ciri-ciri TBF Leather Card Holder 
  • Direka khas untuk menyimpan sehingga 12 kad dalam satu poket lansing 
  • Kalis Air 
  • Ringan & Padat 
  • Sesuai untuk Lelaki & Perempuan 
  • Harga Berpatutan (RM35) 
  • Quick Open Buckle 
  • Kulit Premium 
  • Kain PU Tahan Lama 
  • Penyimpanan kad Stail Organ 
Dimensi Produk: 11.5 x 7  x2 cm 
Fall in love dengan material TBF Leather Card Holder ni. <3 

 
Kalau kalian yang suka melakukan aktiviti sukan ataupun hiking. Ini sangat sesuai untuk kalian. Card holder ini sangat ringan dan jika diletakkan di dalam beg pun tidak makan ruang. Malahan menjimatkan lagi space. Kalau lihat dalam gambar, card holder ni sebesar tapak tangan ika saja. Kecil dan comel.  Ika suka dengan material kulit yang mereka gunakan. Kalau waktu hujan sekalipun, card holder ini akan selamat dan tidak basah. Usually, dompet atau card holder ni material yang digunakan jenis yang cepat koyak dan bila basah akan berbau dan naik kulat. 

Tapi, buat yang tidak bersukan sekalipun. Ini juga sesuai untuk kalian gunakan. Macam yang ika cakap,  mungkin ada diantara kita yang suka bawa beg kecil ketika keluar. Jadi, kita perlukan sesuatu yang sangat kecil untuk simpan kad & duit. Ika suggest card holder ni. 

Kalau nak berikan hadiah juga samaada lelaki atau perempuan pun sesuai. Cuba lihat warna yang mereka keluarkan. Nampak eksklusif dan mahal.

Siapa kata tak boleh letak duit syiling? 
Boleh juga letak tapi berpada-pada la. Jangan la letak syiling menimbun. Oki geng? 

Secara keseluruhannya. Ika sangat puas hati dengan kualiti produk dari PTT Outdoor ini. Tidak pernah mengecewakan. Ika harap orang ramai alert dengan kewujudan PTT Outdoor ini. Buat penggemar aktiviti sukan. Singgah la ke website mereka. Kalian pasti akan rambang mata dengan produk-produk mereka. Especially musim PKP ni kan. Kita tak boleh nak keluar rumah untuk beli barang di mall. Jadi, hanya pembelian online sahaja yang valid untuk kita gunakan. 

Jika kalian berminat ingin dapatkan produk ini. Boleh ke media social PTT Outdoor. Dan untuk membeli boleh ke website rasmi mereka seperti tertera di bawah :- 


Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post